Info

Aluan Guru Besar



    Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Pertama sekali ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya laman web SKPM dapat diaktifkan semula. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membina dan mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam lama web ini.
      Kegunaan ICT merupakan sebahagian keperluan di dunia sekarang ini. Oleh sebab itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif membina laman web sekolah ini, di mana kita perlu mendidik anak-anak bangsa kita dari peringkat sekolah rendah lagi tentang penggunaan ICT. Ia bersesuaian dengan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan rakyat yang celik ICT.
      Kepada tuan/puan yang melayari laman web SKPM ini, diucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak tuan/puan meluangkan masa melayari laman web SKPM. Jika terdapat sebarang cadangan ataupun komen yang boleh meningkatkan kualiti laman web sekolah, silalah kemukakan kepada kami melalui E-mel skpmonline@yahoo.com.
      
Sekian terima kasih.


Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat




MEREALISASIKAN aspirasi En. Azizan Bin Abdullah Sadek(Guru Besar)sebagai kesinambungan idea Laman Web SKPM Online oleh En. Amiruddin Bin Hj. Mat (Guru Besar SKPM 2000-2009). Laman Web Rasmi SKPM (2006-2008) di alamat http://skpmonline.bravehost.com telah dilancarkan oleh YB Datuk Hj. Md. Hassan Bulat (Mantan ADUN Ayer Hangat) pada 31 Mac 2006 sempena mesyuarat Agung tahunan PIBG SKPM. BLOG RASMI SK PADANG MATSIRAT dibangunkan oleh En. Ahmad Tarmizi Bin Ismail (Guru BA j-QAF) dengan bantuan JK ICT SKPM. BLOG RASMI SK PADANG MATSIRAT amat mengalu-alukan sebarang cadangan membina, sumbangan idea dan tenaga serta artikel dan gambar yang berkaitan untuk dimuatkan dalam blog ini. Sebarang maklumat atau berita boleh diemelkan terus kepada webmaster di alamat: farizi_09@yahoo.com ATAU skpmonline@yahoo.com


Bendera dan Lencana

MAKSUD LENCANA SKPM



WARNA KUNING DIRAJA
Melambangkan kesetiaan yang jitu kepada sekolah dan negara.

WARNA MERAH 
Melambangkan keazaman dan semangat yang kental untuk menjulang sekolah ke puncak jaya.

RIBEN BERCETAK ’ILMU BEKALAN HIDUP’
Ikatan silaturrahim yang kukuh dan sistem permuafakatan yang cemerlang adalah tonggak merealisasikan  ilmu sebagai bekalan hidup sepanjang hayat.

PERISAI

’JERI’ dibekalkan kepada setiap individu sebagai pelindung diri dalam menghadapi cabaran dan rencam hidup.

PELITA
Di sini kami sedia memberi harapan, keyakinan dan penyuluh kehidupan agar akan lahir  generasi menjadi insan yang taat kepada agama, bangsa dan negara 

MAKSUD BENDERA SKPM

WARNA KUNING DIRAJA
Melambangkan kesetiaan yang jitu kepada sekolah dan negara.

WARNA MERAH 
Melambangkan keazaman dan semangat yang kental untuk menjulang sekolah ke puncak jaya.


Lagu SKPM

LAGU SKPM:

Ilmu Bekalan Hidup
Itulah slogan kami
SKPM yang tercinta
Mendidik dan membimbing bangsa
Satu tekad satu haluan
Berusaha sampai jaya

Oh Tuhan restuilah kami
Makbulkan cita murni
Hidup berilmu dan berguna
Pada agama bangsa dan negara